resep-sambal-telur-pecah-berlada
Resep Sambal Telur Pecah Berlada

Resep Sambal Telur Pecah Berlada

Diposting pada 12 views
Resep cara membuat Sambal Telur Pecah Berlada

Bahan-Bahan Sambal Telur Pecah Berlada:
6 biji telor
1/4 cwn air asam jawa
1 labu bawang besar-potong bulat
gula dan garam secukup rasa
air kalau Penting
minyak utk menumis

Bahan Kisar Sambal Telur Pecah Berlada:
4 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi merah/hijau
1 labu bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 cawan ikan bilis- buang kotoran dan cuci
sedikit belacan

Cara Memasak Sambal Telur Pecah Berlada:
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar yg di potong bulat. Tumis sehingga sedikit layu. Masukkan bahan kisar dan gaul rata. Kacau dan masak sampai terbit minyak.
Masukkan air asam jawa dan sedikit air. Gaul rata dan masukkan gula dan garam secukup rasa.
Biarkan mendidih dan masak untuk api sederhana je.
Pecahkan telur 1 persatu tapi jangan bertindih ya. Kecilkan api dan biarkan telur separuh masak. Lantas barulah terbalikkan sebelah lagi perlahan2.
Bila dah masak sempurna dan cukup rasa, tutup api dan bolehlah di hidangkan.Sedap di makan bareng nasi lemak atau nasi putih panas.

ARTIKEL LAINNYA :
Resep Es Jelly Leci

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *